Skip to main content

Dengan pelancaran set Nintendo Labo VR Kit yang bakal tiba April ini, semestinya buat anda yang mempunyai koleksi-koleksi Nintendo Labo akan menghadapi kesukaran untuk menyimpan set-set tersebut.

Namun, anda tidak perlu khuatir kerana Nintendo minggu ini memperkenalkan kotak khas Nintendo Labo yang mana pemain berupaya untuk menyimpan set-set Nintendo Labo di dalamnya.

Menariknya, video di atas mempertontonkan dimana kotak tersebut muat untuk menyimpan keseluruhan set Nintendo Labo Vehicle Kit. Sememangnya ianya hanyalah satu kotak kadbod sahaja tanpa sebarang gimik lain. Namun, memandangkan kotak tersebut mempunyai rekaan khas Nintendo Labo, semestinya buat mereka yang ingin menyimpan set Nintendo Labo dengan gaya, pasti akan meminati dengan kotak ini.

Menurut laporan The Verge, kotak tersebut akan dilancarkan pada 20 April ini dengan harga ¥800(~RM30).

Leave a Reply