Skip to main content

Gearbox Software sebelum ini berkongsi satu kicauan yang memperlihat satu gambar berkemungkinan besar daripada dunia permainan Borderland. Kicauan tersebut mengatakan mereka akan mengumumkan sesuatu di Pax East.

Hari ini, mereka berkongsi satu video yang mengesahkan yang mereka bakal mengumumkan sesuatu mengenai Borderland. Video tersebut memperlihatkan pelbagai watak daripada siri Borderland yang akhirnya membentuk gambaran topeng yang digelar sebagai Mask of Mayhem.

Menariknya, video tersebut juga menyorok beberapa kod di pelbagai tempat yang menurut komen di Youtube ia adalah kod C35TB-WS6ST-TXBRK-TTTJT-JJH6H yang akan memberikan barangan di dalam permainan Borderlands 2.

Pengumuman lanjut mengenai permainan ini akan berlangsung pada 2 pagi 29 Mac 2019. Anda boleh menontonnya di laman rasmi Boderlands.


Leave a Reply