Yacht Club Games iaitu penerbit untuk permainan Shovel Knight hari ini mengumumkan permainan baharu yang akan diterbitkan oleh mereka iaitu Cyber Shadow.
Cyber Shadow adalah permainan 8-bit side-scroller seperti Shovel Knight tetapi menerapkan elemen ninja. Ia dibangunkan Aarne “MekaSkull” Hunziker.
Menurut Yacht Club, MekaSkull telah membangunkan permainan tersebut sejak 10 tahun lepas, namun mereka membantu beliau sejak 12 bulan lepas untuk menambah baik permainan tersebut.
Cyber Shadow diumumkan untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC dan akan tiba pada tahun ini.