E3 tahun lepas, Bethesda Softworks mengumumkan yang mana permainan Wolfenstein seterusnya akan dilancarkan tahun ini iaitu Wolfenstein: Youngblood dimana ianya akan memfokuskan anak kembar watak utama permainan Wofenstein sebelum ini, BJ Blazkowics.
Terkini, Bethesda Softworks berkongsi satu video acah penceritaan baharu bersama-sama dengan tarikh pelancarannya.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini akan memperkenalkan bentuk permainans ecara multi-pemain secara koperasi dan juga secara solo di mana pemain berupaya untuk bermain sebagai anak kembar BJ, iaitu Jess dan Soph. Kedua-dua merkea perlu bertempur dengan musuh Nazi untuk melarikan diri dari Paris dan mencari ayah mereka. Permainan ini juga akan menyertakan pelbagai jenis senjata, gajet dan baju perisai baharu.
Menurut Bethesda, Wolfenstein: Youngblood dibangunkan oleh Machine Games dan juga Arkane Studio di mana ia bakal tiba pada 26 Julai ini di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.
Selain itu, Bethesda Softworks juga mengumumkan bahawa permainan realiti-maya Wolfenstein: Cyberpilot juga akan dilancarkan pada tarikh yang sama, iaitu 26 Julai ini di Playstation VR dan PC melalui Steam.