Informasi Permainan Video Terkini
The Elder Scrolls: Blade Dijangkakan Akan Tiba Minggu Ini

The Elder Scrolls: Blade Dijangkakan Akan Tiba Minggu Ini

Diterbitkan pada Mac 28, 2019 oleh .

Bethesda mengumumkan permainan The Elder Scrolls: Blade ketika persidangan E3 tahun lepas. Ia merupakan permainan mudah alih di dalam dunia siri The Elder Scrolls.

Pada awal pengumuman, ia dijangkakan akan tiba pada akhir tahun lepas, namun ia tertunda ke awal tahun ini. Dengan bulan tiga sudah menghampiri pengakhiran, tampaknya permua tersebut mungkin akan tiba pada minggu ini.

Mengikut penyenaraian di App Store, permainan tersebut dijangkakan akan tiba pada 28 Mac 2019 ataupun 29 Mac 2019 di Malaysia. Kami tidak pasti jika ia hanya terbuka secara beta tertutup ataupun kepada semua kerana pendaftaran akses awal masih dibuka.

Penyenaraian permua tersebut masih tidak dikeluarkan di Malaysia ada kemungkinan ia akan tiba lebih lewat di sini. Sebarang kemaskini daripada pihak Bethesda kami akan kongsi dengan anda.


TIPS & ULASAN