Informasi Permainan Video Terkini
Gwent Diumumkan Untuk Telefon Pintar – iPhone Tahun Ini, Android Akan Diumumkan Kemudian

Gwent Diumumkan Untuk Telefon Pintar – iPhone Tahun Ini, Android Akan Diumumkan Kemudian

Diterbitkan pada Mac 28, 2019 oleh .

CD Projekt Red hari ini mengumumkan yang permainan kad mereka iaitu Gwent akan dikeluarkan untuk telefon pintar. Tambah mereka lagi, versi iPhone akan dikeluarkan pada tahun ini manakala untuk telefon pintar Android, ia akan diumumkan kemudian.

Mereka juga buat masa ini tidak merancang untuk mengeluarkan versi tablet termasuk juga iPad. Buat masa ini tiada pengesahan jika versi telefon pintar akan menggunakan akaun berbeza daripada PC ataupun konsol. Buat masa ini PC, Playstation 4 dan Xbox One menggunakan akaun berlainan dan tidak akan menggunakan koleksi kad yang sama.

Ini adalah pengumuman yang baik, saya sendiri lebih kerap bermain Hearthstone di telefon pintar berbanding PC.


TIPS & ULASAN