Informasi Permainan Video Terkini
Warframe Menyambut Ulang Tahun Ke-6 – Mempunyai 50 Juta Pemain Berdaftar

Warframe Menyambut Ulang Tahun Ke-6 – Mempunyai 50 Juta Pemain Berdaftar

Diterbitkan pada Mac 27, 2019 oleh .

Warframe pertama kali dikeluarkan pada 23 Mac 2013 dan bulan ini permainan tersebut menyambut ulang tahun yang ke 6. Bersempena dengan itu, Warframe mengumumkan yang mereka kini mempunyai 50 pemain yang berdaftar.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang pemain yang log masuk permainan tersebut pada 2 pagi 28 Mac sehingga 2 pagi 11 April akan mendapat kostum Liset Dex dan juga Excalibur Dex Noggle secara percuma.

Pemain juga berpeluang untuk mendapat barangan Dex yang lain dengan menyelesaikan cabaran ulang tahun mereka.


TIPS & ULASAN