Skip to main content

Awal minggu ini, Sony mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan realiti-maya seterusnya buat London Studio, iaitu Blood & Truth dimana ianya bakal tiba Mei ini. Terkini, Sony mengumumkan bahawa permainan tersebut sudah pun boleh dipra-tempah buat pasaran Malaysia.

Blood & Truth akan dilancarkan 28 Mei 2019 ini dan seperti biasa, ianya boleh dibeli secara digital ataupun fizikal melalui pengedar rasmi Playstation. Permainan ini akan dijual dengan harga RM169 untuk kedua-dua versi.

Menariknya, bagi anda yang membuat pra-tempahan awal permainan tersebut, Sony akan menyertakan set avatar khas bersama buku karya seni digital bersama muzik latar digital. Tawaran tersebut adalah terhad bermula hari ini sehingga 27 Mei sahaja. Manakala bagi versi fizikal, ianya hanya akan disediakan buat percetakan pertama.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Blood & Truth merupakan permainan yang dibangunkan oleh London Studio dari SIE, iaitu mereka merupakan pembangun untuk permainan realiti-maya London Heist yang dilancarkan bersama dengan Playstation VR beberapa tahun lepas. Melalui Blood & Truth ini, pemain akan bermain sebagai Ryan Marks dan beliau akan menempuhi pelbagai jenis aksi tembak-menembak demi untuk menyelamatkan ahli keluarga.P ermainan ini juga menyokong alat kawalan Playstation Move dan hanya akan tiba sebagai permainan eksklusif di Playstation 4 melalui Playstation VR.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, jangan lepaskan peluang untuk membuat pra-tempahan bermula hari ini.

[info] Pra-Tempah: Blood & Truth [/info]

Leave a Reply