Informasi Permainan Video Terkini
Playstation VR Terjual Sebanyak 4.2 Juta Unit Setakat Ini

Playstation VR Terjual Sebanyak 4.2 Juta Unit Setakat Ini

Diterbitkan pada Mac 27, 2019 oleh .

Ketika State of Play oleh Playstation baru-baru ini, majoriti permainan yang diumumkan adalah permainan realiti maya untuk Playstation VR(PSVR). Ia mungkin agak mengecewakan bagi pemain yang inginkan permainan yang tidak memerlukan aksesori tambahan tersebut.

Sony mungkin mempunyai sebab yang baik, apabila mereka mengumumkan yang PSVR kini terjual sebanyak 4.2 juta unit selepas hampir 3 tahun dikeluarkan. Ia memperlihatkan peningkatan sebanyak 1.2 juta unit berbanding Ogos tahun lepas.

Dengan generasi baharu Playstation VR diura-urakan bakal tiba, harga untuk PSVR makin berkurang dan mungkin menjadi penyebab utama ia terjual dengan baik walaupun sudah lama dikeluarkan.


TIPS & ULASAN