Microsoft hari ini akhirnya mengumumkan permainan-permainan percuma yang bakal mereka sertakan untuk pelanggan Xbox Live Gold bagi bulan April ini yang mana ianya akan menyertakan dua permainan Xbox One, satu permainan Xbox 360 dan satu permainan Xbox.

https://www.youtube.com/watch?v=r5VzPxKdjUI

Berikut adalah senarai permainan yang bakal tiba secara percuma buat pelanggan Xbox Live Gold:

  • Technomancer – Boleh ditebus dari 1 hingga 30 April
  • Outcast: Second Contact – Boleh ditebus dari 16 April hingga 15 Mei
  • Star Wars Battlefront II – Boleh ditebus dari 1 hingga 15 April
  • Ghost Recon Advance Warfighter 2 – Boleh ditebus dari 16 hingga 31 April

Xbox Live Gold merupakan langganan khas buat pengguna konsol Xbox yang mana ianya bermula dengan harga $9.99(~RM42) untuk sebulan dan $59.99(~RM252) untuk 12 bulan. Seperti Playstation Plus, langganan ini bukan sahaja akan menyertakan fungsi untuk bermain permainan secara atas-talian, malah Microsoft juga menyertakan permainan percuma untuk dimuat-turun setiap bulan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk memuat-turun permainan-permainan tersebut menjelang April ini. Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan bulan Mac, anda masih lagi boleh memuat-turun sebahagian daripadanya hari ini.

Sohor Kini