Informasi Permainan Video Terkini
Observation Untuk PC Dikeluarkan Secara Eksklusif Di Epic Games Store
PC

Observation Untuk PC Dikeluarkan Secara Eksklusif Di Epic Games Store

Diterbitkan pada Mac 27, 2019 oleh .

Kami sebelum ini melaporkan yang permainan seram fiksyen sains Observation mendapat tarikh pengeluaran di acara State of Play oleh Playstation iaitu 21 Mei 2019. Sesuatu yang menarik adalah selepas pengumuman tersebut, penyenaraian permainan tersebut di Steam turut dibuang.

Kami menjangkakan ia adalah kerana permainan tersebut akan dikeluarkan secara eksklusif di Epic Games Store, tampaknya jangkaan tersebut adalah benar. Permainan tersebut kini tersenarai di Epic Games Store dan akan dikeluarkan pada tarikh yang sama.

Ini menjadikan Observation satu lagi permainan yang menjadi eksklusif untuk Epic Games Store bagi pengguna PC yang saya jangkakan akan menerima kritikan daripada pemain.


TIPS & ULASAN