Informasi Permainan Video Terkini
EA Akan Membuang Hampir 350 Pekerja Melibatkan Bahagian Pemasaran, Penerbitan Dan Operasi

EA Akan Membuang Hampir 350 Pekerja Melibatkan Bahagian Pemasaran, Penerbitan Dan Operasi

Diterbitkan pada Mac 27, 2019 oleh .

EA hari ini mengesahkan laporan oleh Kotaku yang mengatakan EA telah membuang hampir 350 pekerja minggu ini yang terdiri daripada bahagia pemasaran, penerbitan dan juga operasi.

Menurut emel yang dihantar secara dalaman oleh CEO EA Andrew Wilson, beliau mengatakan EA mempunyai visi untuk menjadi syarikat permainan video terbaik di dunia, namun buat masa mereka masih jauh untuk menerima gelaran tersebut. Beliau menambah yang terdapat pelbagai perubahan perlu dilakukan dengan permainan yang mereka keluarkan, perhubungan dengan pemain dan juga perniagaan.

EA menegaskan yang mereka akan cuba untuk meletakkan pekerja-pekerja yang terkesan di bahagian yang lain akan tetapi pekerja yang dibuang akan menerima pampasan yang setimpal.

Permainan utama EA kebelakangan ini menerima penerimaan yang tidak baik, terutama untuk Anthem serta Battlefield V walaupun Apex Legends tampaknya menjadi lombong emas untuk mereka. Ini mungkin menjadi penyebab utama perlunya keputusan ini dibuat.

Kami mengucapkan takziah kepada semua yang terkesan.


TIPS & ULASAN