Informasi Permainan Video Terkini
SHAZAM! Akan Ditayangkan Awal 7 Hari Awal Di GSC – Tiket Adalah Terhad

SHAZAM! Akan Ditayangkan Awal 7 Hari Awal Di GSC – Tiket Adalah Terhad

Diterbitkan pada Mac 26, 2019 oleh .

Tahukah anda yang Shazam! adalah Captain Marvel yang sebenar? Untuk ketahui kisah Shazam! ini, filemnya akan ditayangkan tidak lama lagi di Malaysia. Shazam dalam filem ini dilakonkan oleh Zachary Levi yang sedia terkenal dalam siri TV Chuck dan penampilan sebagai Fandral dalam filem MCU Thor.

Menariknya, GSC akan menayangkan filem ini awal 7 hari berbanding dengan tarikh asal yang dijadualkan. Shazam! dijadualkan untuk ditayangkan pada 5 April atau beberapa pawagam terpilih akan ditayangkan pada 4 April. Tetapi, GSC akan tayangkan filem ini bermula 29 Mac ini.

Ada kemungkinan besar apa yang GSC lakukan ini adalah kerana ingin mendapatkan pengunjung yang ramai. Minggu 29 Mac ini adalah minggu cuti sekolah, filem Shazam! pula dilihat sesuai untuk tontonan umum – jadi tidak dinafikan GSC lakukan sedemikian. Ini bukan kali pertama filem seperti ini ditayangkan awal, sebelum ini di Malaysia – filem Bumblebee turut ditayangkan awal kerana cuti sekolah.

Jadi, jika anda ingin tonton filem ini awal anda perlu pantas membuat tempahan sebaik sahaja tempahan dibuka. Ini kerana, tayangan ini mempunyai tiket yang terhad.


TIPS & ULASAN