Five Nights at Freddy’s merupakan permainan seram yang meletakkan pemain sebagai pengawal keselamatan yang harus mempertahankan diri daripada pelbagai watak jahat dengan mengawal pergerakan mereka menggunakan CCTV.

Hari ini, semasa State of Play oleh Playstation, versi realiti maya buat permainan tersebut turut diumumkan iaitu Five Nights at Freddy’s VR: Help Wanted. Ia akan dimainkan seperti permainan sebelum ini, tetapi secara realiti maya. Ia juga akan menyertakan pelbagai penambahan yang menjadikan permainan tersebut lebih menyeramkan.

Buat masa ini masih tiada tarikh pengeluaran tetap tetapi dijangkakan pada suku kedua tahun ini untuk Playstation VR, Oculus, HTC Vive dan juga Steam VR.

Sohor Kini