Skip to main content

Acara State Of Play yang berlangsung hari ini sememangnya memperlihatkan sebilangan permainan-permainan baharu yang bakal tiba buat konsol Playstation 4.

Antara sorotan yang dikongsikan oleh mereka adalah sebilangan permainan realiti-maya baharu yang bakal tiba di Playstation VR. Selain daripada permainan Iron Man VR dan kemaskini No Man’s Sky Beyond, Sony juga mengumumkan 7 lagi permainan Playstation VR bersama tarikh pelancaran mereka.

Mini Mech Mayhem

Mini Mech Mayhem merupakan permainan realiti-maya yang memfokuskan pemain bermain secara multi-pemain sehingga empat pemain serentak. Di dalam permainan tersebut, pemain akan bermain sebilangan mini permainan atas meja dengan pelbagai bentuk permainan yang menarik.

Ketika acara State Of Play, FuturLab iaitu pembangun permainan tersebut menyatakan bahawa permainan ini akan dilancarkan di Playstation VR pada 18 Jun 2019 ini.

Jupiter & Mars

Jupiter & Mars pula merupakan permainan yang memfokuskan pengembaraan ikan lumba-lumba. Melaluinya pemain akan mengembara di dunia pasca-apokaliptik di mana bumi telah ditenggelami lautan air.

Menurut Tigertron, iaitu pembangun permainan ini, Jupiter & Mars akan dilancarkan pada 22 April 2019 ini di Playstation 4 dan ianya juga akan menyokong bentuk realiti-maya.

Falcon Age

Permainan seterusnya adalah Falcon Age dimana ianya adalah permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan pemain untuk mengawal seekor burung helang. Dengan memfokuskan bentuk realiti-maya, pemain berupaya untuk berinteraksi dengan helang tersebut dan pada masa yang sama bertempur dengan makhluk lain menggunakan helang tersebut.

Outerloop Games, iaitu pembangun permainan ini juga menyatakan bahawa Falcon Age akan memfokuskan bentuk permainan solo dan ia bakal tiba di Playstation VR pada 9 April 2019 ini.

Trover Saves The Universe

Trover Saves The Universe pula merupakan permainan yang memfokuskan bentuk permainan yang agak kelakar. Ianya sebelum ini diumumkan ketika E3 tahun lepas dan menurut Squach Games, iaitu pembangun permainan tersebut, mereka menyatakan permainan ini akan tiba pada 31 Mei 2019 ini di Playstation 4 dengan sokongan realiti-maya Playstation VR.

Everybody’s Golf VR

Permainan seterusnya adalah permainan Everybody’s Golf VR dimana sebelum ianya telah pun diumumkan sebagai permainan sukan golf secara realiti-maya eksklusif di Playstation 4.

Sememangnya ini adalah permainan berdasarkan permainan Everybody’s Golf yang dilancarkan oleh Sony beberapa tahun lepas dan menjelang 21 Mei 2019 ini, permainan Everybody’s Golf VR akan dilancarkan. Menariknya, permainan realiti-maya ini akan menyokong alat kawalan Dualshock 4 dan juga alat kawalan Playstation Move.

Table Of Tales: The Crooked Crown

Permainan seterusnya adalah Tables Of Tales; The Crooked Crown yang mana ianya memfokuskan bentuk permainan strategi atas meja secara turutan. Dengan bentuk permainan secara realiti-maya, permainan ini akan membawa pemain ke dunia fantasi yang pasti akan membawa pemain ke dunia RPG yang menarik.

Menurut pembangun, iaitu Tin Man Games, permainan ini akan tiba di Playstation VR pada 16 April 2019 ini.

Vacation Simulator

Permainan terakhir adalah permainan simulasi Vacation Simulator yang diumumkan oleh Owlchemy Labs sebelum ini ketika acara The Game Awards sebelum. Permainan ini sememangnya merupakan permainan realiti-maya simulasi yang dikembangkan melalui permainan realiti-maya oleh mereka sebelum ini iaitu Jobs Simulator.

Melaluinya, pemain berupaya untuk berinteraksi dengan pelbagai bentuk barangan yang bertemakan percutian dan ianya bakal tiba di Playstation VR pada 18 Jun 2019.

Bagi anda yang ingin melihat kesemua video acah yang dipertontonkan ketika acara State Of Play buat permainan-permainan di atas, anda boleh menontonnya dibawah.

Leave a Reply