Informasi Permainan Video Terkini
Concrete Genie Bakal Menyertakan Mod Realiti-Maya – Akan Tiba Tahun Ini

Concrete Genie Bakal Menyertakan Mod Realiti-Maya – Akan Tiba Tahun Ini

Diterbitkan pada Mac 26, 2019 oleh .

Concrete Genie merupakan permainan yang diumumkan oleh Sony ketika acara Paris Games Week beberapa tahun lepas. Permainan tersebut tidak mendapat sebarang kemaskini dan ianya sebelum diumumkan akan tiba pada tahun 2018.

Tampaknya kini, ketika acara State Of Play yang berlangsung awal pagi ini oleh Sony, mereka mengumumkan sebilangan kemaskin baharu buat permainan tersebut melalui video acah baharu.

Melalui video di atas, PixelOpus iaitu pembangun buat permainan ini berkongsi video acah yang memperlihatkan penceritaan Concrete Genie tersebut. Melaluinya, pemain akan bermain sebagai seorang remaja bernama Ash dan beliau berupaya untuk menghidupkan lukisan beliau dan mengembara di dalam dunia fantasi.

Selain daripada mempertontonkan video acah bentuk permainan dan penceritaan, Sony juga mengumumkan yang mana Concrete Genie juga akan menyertakan sokongan realiti-maya dan ia bakal tiba sekitar suku ketiga tahun ini. Sama-sama kita nantikan sebarang kemaskini untuk permainan ini menjelang tahun ini.


TIPS & ULASAN