Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Baharu Days Gone Diperlihatkan Ketika State Of Play – Memfokuskan Penceritaan Deacon

Video Acah Baharu Days Gone Diperlihatkan Ketika State Of Play – Memfokuskan Penceritaan Deacon

Diterbitkan pada Mac 26, 2019 oleh .

Ketika acara State Of Play, Sony juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi video acah baharu untuk permainan akan datang, Days Gone yang mana ianya bakal tiba April ini.

Melalui video acah tersebut, Sony memperlihatkan sebilangan adegan-adegan yang bakal tiba di dalam permainan tersebut dan pada masa yang sama memfokuskan watak penceritaan Deacon St John, iaitu watak utama dan watak pemain untuk Days Gone tersebut.

Menariknya, video acah tersebut juga memperlihatkan watak Deacon dengan sebilangan kostum-kostum yang berlainan bersama-sama dengan bentuk permainan yang nampak sangat menarik.

Days Gone akan tiba pada 26 April 2019 ini secara eksklusif di Playstation 4. Kami sebelum ini juga telah membuat pandang pertama permainan tersebut dimana anda boleh membacanya dibawah.


TIPS & ULASAN