Semasa State of Play oleh Playstation yang disiarkan pada pagi tadi, Devolver Digital akhirnya mengumumkan permainan serama fiksyen sains yang akan menjadikan pemain sebagai AI yang akan membantu Dr. Emma Fisher yang berada di stesen angkasa lepas akan dikeluarkan pada 21 Mei 2019 untuk Playstation 4.

Permainan tersebut dibangunkan oleh No Code yang mengeluarkan permainan Stories Untold. Ia sebelum ini diumumkan untuk Playstation 4 dan PC akan tetapi buat masa ini hanya tarikh pengeluaran untuk PS4 sahaja dikeluarkan.

Bagi PC, bukan sahaja tarikh masih tidak diumumkan akan tetapi penyenaraian di Steam juga dibuang. Buat masa ini tiada pengesahan jika permainan tersebut menjadi eksklusif untuk PS4 ataupun versi PC akan dikeluarkan di kedai dalam talian lain (Epic Games Store?).

Sohor Kini