Skip to main content

Antara permainan realiti-maya yang diumumkan ketika acara Paris Games Week dua tahun lepas, Blood & Truth kini akhirnya mendapat tarikh pelancaran rasmi iaitu pada 28 Mei 2019 ini.

Blood & Truth merupakan permainan yang dibangunkan oleh London Studio dari SIE, iaitu mereka merupakan pembangun untuk permainan realiti-maya London Heist yang dilancarkan bersama dengan Playstation VR beberapa tahun lepas.

Melalui Bloot & Truth ini, pemain akan bermain sebagai Ryan Marks dan beliau akan menempuhi pelbagai jenis aksi tembak-menembak demi untuk menyelamatkan ahli keluarga.

Berdasarkan kenyataan Sony, permainan ini akan menyokong alat kawalan Playstation Move dan hanya akan tiba sebagai permainan eksklusif di Playstation 4 melalui Playstation VR.

Bagi anda yang meminati permainan aksi realit-maya, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini menjelang Mei ini.

Leave a Reply