Informasi Permainan Video Terkini
Crash Team Racing Nitro-Fueled – Kostum Retro Khas Diumumkan Buat Pemain PS4

Crash Team Racing Nitro-Fueled – Kostum Retro Khas Diumumkan Buat Pemain PS4

Diterbitkan pada Mac 26, 2019 oleh .

Crash Team Racing Nitro-Fueled merupakan permainan perlumbaan arked pernambah-baikkan buat permainan yang sama yang dilancarkan di Playstation 1 lepas. Ianya diumum tahun lepas oleh Activision ketika acara The Game Awards 2018.

Terkini, ketika acara State Of Play yang berlangsung awal pagi ini, Sony berkongsi yang mana bagi mereka yang mendapatkan permainan ini di Playstation 4, Sony akan menyertakan sebilangan kostum retro buat watak-wtak di dalam permainan ini.

Antara kostum yang diperlihatkan adalah watak untuk Crash Bandicoot itu sendiri, bersama watak Coco, Cortex dan termasuklah rekaan model retro untuk kenderaan kart. Selain itu, Sony juga umum buat mereka yang pra-tempah permainan di Playstation 4, mereka juga akan menyertakan pelekat khas bertemakan Playstation di dalam permainan tersebut.

Crash Team Racing Nitro-Fueled akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan Switch pada 21 Jun 2019 ini.


TIPS & ULASAN