Melalui State of Play oleh Playstation hari ini, mereka mengumumkan permainan ReadySet Heroes iaitu permainan multi-pemain yang juga boleh dimainkan secara setempat.
Permainan yang dibangunkan oleh Robot Entertainment tersebut merupakan permainan dungeon crawler yang menyertakan mod yang menarik iaitu pertempuran secara multi-pemain. Melalui permainan ini, pemain boleh bermain secara 1v1v1v1 atau 2v2 secara dalam talian dan juga setempat.
Pemain ataupun pasukan, akan bertempur untuk melalui setiap laluan, dan pemain yang tiba ke arena terlebih dahulu akan mendapat kelebihan dari segi kuasa. Pemain/pasukan kemudian akan bertempur di arena tersebut untuk menentukan siapa yang akan memenangi perlawanan tersebut.
Menurut pembangun, untuk bermain permainan tersebut secara dalam talian, langganan PS Plus tidak diperlukan. ReadySet Heroes akan dikeluarkan pada tahun ini untuk Playstation 4.