Kemaskini Beyond Untuk No Man’s Sky Turut Menyertakan Mod VR

Hello Games sebelum ini mengumumkan kemaskini utama Beyond bakal tiba untuk permainan mereka iaitu No Man’s Sky secara percuma pada tahun ini. Antara perkara baharu yang disertakan adalah mod multi-pemain yang lebih menyeluruh.

Hari ini, melalui State of Play untuk Playstation, mereka mengumumkan yang kemaskini tersebut juga akan menyertakan mod VR untuk Playstation 4 melalui Playstation VR dan PC melalui Steam VR.

Menurut pengarah No Man’s Sky Sean Murray, mod VR tersebut bukanlah satu mod berasingan tetapi ia adalah sebahagian permainan utama dengan kata lain, permainan tersebut sepenuhnya boleh dimainkan secara realiti maya.

Buat masa ini tiada tarikh tetap yang diumumkan untuk kemaskini tersebut, mengikut perancangan mereka ia akan dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini.

Sohor Kini