Informasi Permainan Video Terkini
SIE Mengumumkan Marvel’s Iron Man VR – Menjadi Iron Man Secara Realiti Maya

SIE Mengumumkan Marvel’s Iron Man VR – Menjadi Iron Man Secara Realiti Maya

Diterbitkan pada Mac 26, 2019 oleh .

Sony pada awal pagi hari ini berkongsi State of Play pertama mereka yang mengumumkan beberapa permainan, antaranya adalah Marvel’s Iron Man VR. Permainan yang dibangunkan oleh Camouflaj LLC akan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment (SIE).

Permainan ini adalah sepenuhnya di dalam bentuk realiti maya oleh disebabkan itu anda memerlukan Playstation VR dan 2 PS Move untuk bermain. Buat masa ini ia tidak boleh dimainkan tanpa menggunakan peralatan tersebut.

Berdasarkan video yang diperlihat, ia adalah sekadar permainan menembak dari pandangan pertama tetapi menggunakan peralatan VR untuk lebih mengasyikkan.

SIE masih tidak mengumumkan tarikh pengeluaran, akan tetapi ia bakal tiba pada tahun ini.


TIPS & ULASAN