Informasi Permainan Video Terkini
T-Shirt Uniqlo Edisi Mobile Suit Gundam Kini Boleh Dibeli

T-Shirt Uniqlo Edisi Mobile Suit Gundam Kini Boleh Dibeli

Diterbitkan pada Mac 25, 2019 oleh .

Jika sebelum ini Uniqlo dan Capcom mengumumkan kerjasama untuk mengeluarkan T-Shirt berdasarkan siri permainan Street Fighter dan Monster Hunter, kini mereka bekerjasama dengan Bandai untuk mengeluarkan T-Shirt berdasarkan Mobile Suit Gundam.

Ia adalah bersempena ulang tahun ke-40 siri Gundam yang akan disambuat pada 7 April ini. Menariknya, T-Shirt tersebut kini sudah boleh diperoleh melalui kedai dalam talian Uniqlo ataupun mana-mana cawangan mereka dengan harga RM59.90.

Buat masa ini, Uniqlo menyenaraikan 12 rekaan berbeza yang berdasarkan pelbagai watak daripada siri tersebut.

Uniqlo: UT Gundam


TIPS & ULASAN