Informasi Permainan Video Terkini
Hulu Hadir Dengan Video Acah Siri TV Marvel – Runaways Musim Ke-3

Hulu Hadir Dengan Video Acah Siri TV Marvel – Runaways Musim Ke-3

Diterbitkan pada Mac 25, 2019 oleh .

Hulu adalah platform penstriman seakan Netflix, tetapi terhad di Amerika Syarikat. Pegangan terbesar mereka baru-baru ini, kini telah dimiliki oleh Disnet – kerana sebelum ini ia dimilik Fox. Hulu juga seperti Netflix, turut mempunyai siri TV Marvel tersendiri. Siri TV ini adalah Runaways. Siri ini telah disiarkan sejak tahun 2017 dan sudah pun mempunyai dua musim.

Kini, atas permintaan ramai – Hulu baru-baru ini telah hadir dengan video acah yang musim ketiga akan hadir atas permintaan ramai. Walau bagaimanapun, ia hanyalah satu pengumuman sahaja dan tiada lagi tarikh bila ia akan disiarkan.

Bagi yang tidak tahu apakah kisah Runaways ini, ia adalah kisah enam remaja yang larikan diri daripada ibu bapa mereka – kerana ibu bapa mereka adalah penjahat dalam satu organisasi bernama Pride. Kumpulan remaja ini berusaha untuk tumpaskan ibu bapa mereka. Apa yang menarik mengenai siri TV ini adalah, ia berada dalam dunia yang sama dengan MCU.

Sayang sekali, ia tidak dapat ditonton di Malaysia kerana hanya terhad buat platform penstriman Hulu sahaja.


TIPS & ULASAN