Motion Twin mengumumkan di GDC yang permainan mereka iaitu Dead Cells kini terjual sebanyak 1 juta unit selepas dikeluarkan pada awal tahun lepas secara akses awal untuk PC sebelum hadir untuk semua platform pada bulan Ogos tahun lepas.

Selain itu mereka juga mengumumkan daripada jumlah tersebut 60% peratus adalah melalui PC, manakala selebihnya adalah konsol di mana Switch mendahului berbanding konsol-konsol lain. Kami sebelum ini melaporkan yang penjualan permainan ini di Switch 4 kali lebih tinggi berbanding Playstation 4.

Dead Cells juga bakal menerima penambahan kandungan melalui DLC utama mereka iaitu Rise of the Giant dan ia akan tiba untuk PC pada 28 Mac 2019.

Sohor Kini