Skip to main content

Seperti yang kami laporkan semalam, Atlus akhirnya membuat pengumuman lanjut mengenai Persona 5 R yang diacahkan pada tahun lepas. Persona 5 R ataupun nama penuhnya Persona 5 The Royal merupakan Persona 5 versi yang diberi penambahan kandungan.

Mereka memperlihatkan video pendek, yang menyertakan seorang watak perempuan baharu . Kemungkinan besar salah satu penambahan yang disertakan adalah membolehkan pemain bermain sebagai perempuan ataupun watak tersebut juga mungkin watak baharu seperti Marie di dalam Persona 4 Golden.

Selain daripada itu, tiada maklumat lain yang dikongsikan akan tetapi bersama dengan video tersebut, Atlas mengetakan maklumat lanjut akan dikongsikan pada 24 April 2019. Berita kurang baik, setakat ini masih tiada maklumat mengenai versi Switch.

Leave a Reply