Skip to main content

Seperti tahun lepas di WDC, Nintendo sekali lagi berkongsi senarai permainan indie yang terjual paling banyak di Switch setakat ini. Tanpa mengikut sebarang urutan, berikut adalah 10 permainan tersebut;

  • Stardew Valley
  • Hollow Knight
  • Overcooked 2
  • Undertale
  • Dead Cells
  • Enter the Gungeon
  • Graceful Explosion Machine
  • Celeste
  • Golf Story
  • Overcooked

Berdasarkan senarai tersebut, Stardew Valley, Enter the Gungeon, Celeste, Golf Story dan Overcooked adalah permainan yang turut tersenarai pada tahun lepas.

Hollow Knight, Overcooked 2, Undertale dan Dead Cells merupakan permainan yang tiba pada tahun lepas tetapi tampaknya menerima penjualan yang baik untuk tersenarai di dalam senarai di atas. Manakala, Graceful Explosion Machine, walaupun sudah dikeluarkan pada tahun 2017 dan tidak tersenarai pada tahun lepas memperlihatkan peningkatan yang mendadak untuk turut tersenarai.

Permainan indie ataupun digelar sebagai Nindie merupakan antara perkara yang terus menjadikan Switch sebagai satu konsol yang menarik. Nintendo sebelum ini mengumumkan 18 permainan indie baharu yang akan tiba ke konsol tersebut termasuk juga Cuphead yang sebelum ini adalah eksklusif untuk platform Microsoft.

Leave a Reply