Skip to main content

Selain Cities: Skyline, XCOM 2 turut boleh dimainkan secara percuma sepanjang hujung minggu ini. XCOM 2 adalah permainan strategi yang dibangunkan oleh Firaxis dan diterbitkan oleh 2K.

Tawaran ini adalah sehingga 25 Mac 2019, selepas tarikh tersebut, jika ingin terus bermain anda perlu membelinya yang juga kini ditawarkan dengan lebih murah. Permainan asas dijual dengan harga RM47.50, manakala versi Digital Deluxe dijual dengan harga RM70.94 dan koleksi penuh termasuk kesemua DLC yang dikeluarkan dijual dengan harga RM113.15.

Harga promosi tersebut ditawarkan sehingga 26 Mac 2019, jadi selepas mencuba permainan tersebut sepanjang hujung minggu ini pastikan tidak terlepas untuk membelinya dengan harga promosi jika anda ingin terus bermain.

[download]Steam: XCOM 2[/download]

Leave a Reply