Minggu lepas dilaporkan yang oleh disebabkan Pierre Taki iaitu pelakon suara untuk watak Kyohei Hamura di dalam Judgment didapati bersalah penggunaan dadah, SEGA menghentikan penjualan untuk permainan tersebut yang sudah dikeluarkan di Jepun.
Hari ini, SEGA mengumumkan yang untuk pasaran global, permainan tersebut akan tiba seperti yang dijadualkan iaitu pada 25 Jun 2019. Namun, model watak Kyohei Hamura dan suara bahasa Jepun watak tersebut akan ditukar.
SEGA juga mengatakan yang segala paparan yang memperlihatkan gambar watak tersebut akan dibuang, versi yang dikemaskini akan dikeluarkan kemudian. Ini merupakan satu berita yang baik untuk pemain yang menanti permainan ini.