Akhir tahun lepas, Atlus memperacah Persona 5 R, selain mengatakan ia adalah satu projek yang baharu serta menyediakan satu laman khas tiada maklumat lain yang dikongsi. Sebaliknya mereka mengatakan, maklumat lanjut akan dikongsi pada bulan Mac 2019.
Hari ini, akaun rasmi perhubungan awam untuk siri Persona mengumumkan yang episod khas untuk anime Persona 5 akan ditayangkan pada 8 malam waktu Jepun (7 malam waktu Malaysia). Selain itu, maklumat lanjut mengenai Persona 5 R akan dikongsi pada pengakhiran episod tersebut.
Kami menjangkakan Persona 5 R adalah permainan Persona 5 yang disertakan dengan penambahan kandungan seperti mana Persona 4 Golden. Melalui video acah sebelum ini, ia akan dikeluarkan untuk Playstation 4, tetapi kami tidak terkejut jika ia turut tiba untuk Switch terutama selepas Joker disertakan sebagai watak di dalam Super Smash Bros. Ultimate.