Skip to main content

Bagi anda yang meminati permainan simulasi pembinaan bandaraya, anda mungkin berminat untuk mencuba permainan Cities Skyline di mana bermula hari ini sehingga 24 Mac ini, permainan tersebut boleh dimainkan secara percuma.

Cities Skylines merupakan permainan pembinaan simulasi bandaraya dimana anda berupaya untuk membina bandaraya dengan pelbagai tetapan yang menarik seperti bangunan, jalan raya dan sebagainya. Menariknya sebelum ini kami juga pernah melaporkan bahawa terdapat pemain membina bandaraya Putrajaya khas melalui permainan tersebut.

Selain itu, bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut secara penuh setelah tamat sesi percubaan, Paradox Interactive juga mengadakan jualan khas di mana anda boleh membelinya dengan harga serendah RM14 sahaja, berbanding harga asalnya iaitu RM56.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba dan mendapatkan permainan Cities Skyline menjelang hujung minggu ini.

[info] Beli Steam: Cities Skyline [/info]

Leave a Reply