Walaupun Sony sebelum ini menyatakan bahawa mereka tidak akan ke E3 tahun ini, tampaknya mereka mungkin akan ada rancangan lain dimana hari ini, Sony mengumumkan satu siri acara penstriman langsung khas, State Of Play di mana melaluinya, mereka akan mengumumkan sebilangan pengumuman baharu untuk permainan Playstation.

Sememangnya konsep ini adalah seakan Nintendo Direct yang mana mereka sering lakukan sebelum ini, namun ini juga mungkin satu perkara yang menarik terutamanya buat peminat Playstation diluar sana.
Melalui Blog rasmi Playstation, episod pertama untuk State Of Play akan di adakan pada 26 Mac 2019 ini jam 5 pagi (Waktu Malaysia). Menurut Sony, ketika acara tersebut, mereka akan mengumumkan sebilangan pengumuman baharu untuk permainan-permainan di Playstation 4 dan juga Playstation VR.
Bagi anda yang ingin menonton acara tersebut, anda boleh menontonnya di laman rasmi Twitch, YouTube, Twitter atau Facebook Playstation. Tambah mereka, selepas acara tersebut distrimkan secara langsung, ianya akan boleh ditontonkan melalui saluran rasmi mereka.
Di dalam kenyataan mereka tersebut juga mereka menyatakan bahawa acara State Of Play akan berlangsung sepanjang tahun ini dengan pelbagai lagi pengumuman dan kemaskini segala permainan Playstation. Sememangnya ini satu perkara yang menarik dan kami di Aksiz pasti akan mengemaskininya apabila episod pertama State Of Play berlangsung Isnin ini.