Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-ura) Xbox One S Versi Digital Sahaja Akan Dikeluarkan Pada 7 Mei 2019 – Rekaan Diperlihatkan

(Ura-ura) Xbox One S Versi Digital Sahaja Akan Dikeluarkan Pada 7 Mei 2019 – Rekaan Diperlihatkan

Diterbitkan pada Mac 22, 2019 oleh .

Pada awal bulan lepas kami melaporkan ura-ura yang mengatakan Microsoft bakal mengeluarkan Xbox One S versi digital sahaja di mana ia tidak akan disertakan pemacu optik dan pemain hanya boleh bermain permainan yang didapati secara digital sahaja.

Hari ini, Windows Central memperlihatkan kotak yang dikatakan adalah untuk Xbox One S versi tersebut. Ia memperlihatkan rekaan yang sama dengan Xbox One S. Kotak tersebut juga memperlihatkan yang ia akan disertakan dengan storan 1TB.

Pemain yang membeli permainan tersebut juga mungkin akan mendapat permainan Minecraft, Sea of Thieves dan Forza Horizon 3 terpasang ataupun perlu menebus kod yang disertakan bersama. Selain itu, mereka juga melaporkan yang ia akan dikeluarkan pada 7 Mei 2019 tetapi harga masih tidak dinyatakan.


TIPS & ULASAN