Awal bulan ini, Nintendo mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Nintendo Labo Toy-Con yang ke-empat dimana ianya adalah set realiti-maya, VR Kit.

Hari ini, Nintendo memperlihatkan lebih lanjut berkenaan set realiti-maya tersebut dari segi pembinaannya, kelengkapan yang disediakan bersama dan bentuk permainan melalu Nintendo Labo VR Kit.

https://www.youtube.com/watch?v=uOjcbdAU5Gw

Seperti set Labo sebelum ini, pemain perlu membina set-set kadbod tersebut secara tersendiri dan menariknya melalui set Labo VR Kit ini, Nintendo akan menyertakan set gogal realiti-maya bersama-sama kelengkapan lain untuk bermain permainan realiti-maya mereka.

Menariknya, set gogal realiti-maya tersebut akan menggunakan konsol Nintendo Switch itu sendiri untuk memaparkan skrin permainan, seperti set realiti-maya Google Cardboard VR.

Antara set pertama yang disertakan adalah Toy-Con Blaster. Melaluinya, pemain berupaya untuk bermain permainan tembakan dengan menembak ke arah musuh. Selain itu, dengan menggunakan JoyCon kiri, pemain juga berupaya untuk memperlahankan masa untuk menembak ke arah musuh dengan lebih tepat.

Permainan realiti-maya melalui Toy-Con Blaster akan meletakkan pemain untuk bertempur dengan sebilangan musuh dan ianya juga akan meletakkan pemain untuk bertempur dengan pelbagai ketua-ketua musuh yang berlainan. Permainan ini juga akan menyertakan mod bentuk pemain segala multi-pemain dengan berkongsi set realiti-maya tersebut dan menembak mengikut giliran.

Set kedua adalah Toy-Con Wing Pedal dimana pemain berupaya bermain permainan dengan menggunakan kawalan melalui pergerakkan kaki. Melalui video di atas, permainan yang disertakan tampaknya memerlukan pemain untuk bermain sebagai seekor katak, dan dengan memijak Toy-Con Wing Pedal tersebut, pemain akan melompat dengan lebih tinggi.

Set seterusnya adalah Toy-Con Bird. Set ini merupakan set realiti-maya yang membenarkan pemain untuk bermain sebagai seekor burung. Melaluinya, pemain berupaya untuk mengepak Toy-Con tersebut untuk terbang. Selain itu, pemain juga boleh terbang mengikut arah penglihatan pemain.

Selain itu, pemain juga boleh menggabung set Toy-Con Bird dan Toy-Con Pedal untuk bermain sebilangan mini permainan yang tersedia.

Toy-Con Elephant pula akan membenarkan pemain untuk menghasilkan karya 3 dimensi yang menarik dengan penggunaan set tersebut. Terdapat pelbagai tetapan yang pemain boleh lakukan seperti pencahayaan, mewarna dan menghasilkan model 3D melaluinya.

Menariknya, Toy-Con Elephant ini juga akan menyertakan set permainan berbentuk tekaria dimana pemain perlu menyelesaikan sebilangan tekaria yang memfokuskan pergerakkan bola dan juga perubahan bentuk-bentuk objek.

Set Toy-Con terakhir adalah Toy-Con Camera dan seperti kamera betul, pemain berupaya untuk mendalam dunia realiti-maya dan menangkap pelbagai jenis gambar. Melalui permainan ini, pemain juga berupaya untuk mencari imej tersembunyi, dan melihat pelbagai permandangan melalui alam realiti-maya tersebut.

Selain itu, melalui set Nintendo Labo VR Kit ini, Nintendo juga menyertakan satu mod VR Plaza yang mana ianya akan menyertakan 64 jenis permainan mini untuk pemain dimana setiap satunya akan menggunakan set-set Toy-Con secara kreatif.

Tambahan itu, seperti set Nintendo Labo sebelum ini, Nintendo Labo VR Kit juga akan menyertakan satu fungsi Toy-Con Garage VR dimana pemain berupaya untuk menghasil permainan realiti-maya mereka sendiri, berdasarkan set-set realiti-maya Nintendo Labo tersebut.

Menurut Nintendo, mereka akan melancarkan set Nintendo Labo VR Kit pada 12 April 2019 ini dengan dua set pilihan untuk pemain. Set pertama akan menyertakan kelima-lima set Toy-Con dan ianya akan dijual dengan harga $79.99(~RM325). Manakala set kedua hanya akan menyertakan Toy-Con Blaster bersama gogal realiti-maya Nintendo Labo VR Kit tersebut dengan harga $39.99(~RM163).

Buat masa ini bagi pasaran Malaysia, tidak banyak informasi yang dikongsikan. Namun, kami pasti akan mengemaskininya setelah Maxsoft mengumumkannya kelak.

Sohor Kini