Informasi Permainan Video Terkini
Epic Games Store Kini Mempunyai 85 Juta Pengguna Di PC
PC

Epic Games Store Kini Mempunyai 85 Juta Pengguna Di PC

Diterbitkan pada Mac 22, 2019 oleh .

Di GDC, Epic Games baru sahaja mengumumkan beberapa permainan bakal tiba ke kedai dalam talian Epic Games Store secara eksklusif untuk waktu terhad, antaranya adalah The Outer Worlds, Control dan juga permainan tiga permainan terbaru Quantic Dream.

Selain itu, Epic Games juga mengumumkan yang Epic Games Store kini mempunyai lebih 85 juta pengguna. Daripada jumlah tersebut, 40% peratus pengguna dikatakan tidak menggunakan Steam, 68% tidak menggunakan Steam secara kerap.

Mereka juga mengatakan akan menapis permainan yang akan dipasarkan di kedai tersebut. Permainan yang tidak baik serta bersifat lucah melampau tidak akan dijual. Buat masa ini Epic Games Store hanya dibuka secara terhad, dan berharap dapat membuka kepada penerbit yang lain penghujung tahun ini.

Mengenai permainan yang hadir secara eksklusif, Epic Games mengatakan perkara tersebut bukanlah strategi jangka panjang mereka dan hanya dilakukan pada peringkat permulaan ini sahaja. Mereka juga mengatakan akan memastikan apa yang berlaku kepada Metro Exodus tidak akan berulang lagi.

Epic Games Store adalah satu-satunya kedai dalam talian yang tampaknya dapat bersaing dengan Steam. Berjaya atau tidak, kita masih perlu tunggu dan lihat.


TIPS & ULASAN