Informasi Permainan Video Terkini
Tarikh Pelancaran Episod Akan Datang Buat Life Is Strange 2 Diumumkan
PC

Tarikh Pelancaran Episod Akan Datang Buat Life Is Strange 2 Diumumkan

Diterbitkan pada Mac 22, 2019 oleh .

Square-Enix hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran untuk episod-episod akan datang bagi permainan Life Is Strange 2. Setakat ini, dua episod telah pun dilancarkan pada tahun lepas dan Januari lepas di mana ianya sudah pun boleh dimainkan melalui konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Terkini melalui pengumuman Square-Enix, episod ketiga untuk permainan Life Is Strange 2 tersebut akan tiba pada 9 Mei 2019 ini dimana episod tersebut akan bertajuk Wastelands. Episod tersebut akan memfokuskan sekali lagi watak Sean dan Daniel Diaz dimana mereka akan mengembara ke Mexico melalui hutan California. Melaluinya mereka juga akan bertemu dengan pelbagai pengalaman, rakan dan cabaran baharu.

Selain itu, Square-Enix juga mengumumkan bahawa episod ke-empat akan tiba pada 22 Ogos, manakala episod ke-lima akan tiba pada 3 Disember kelak.

Life Is Strange 2 merupakan permainan berepisod yang dibangunkan oleh DONTNOD Entertainment dan dilancarkan Square-Enix. Episod pertama permainan tersebut telah pun dilancarkan sebelum ini dan kami juga telah membuat ulasannya melalui pautan dibawah.


TIPS & ULASAN