Informasi Permainan Video Terkini
Control Bakal Tiba Di Playstation 4, Xbox One Dan PC Pada Ogos Ini
PC

Control Bakal Tiba Di Playstation 4, Xbox One Dan PC Pada Ogos Ini

Diterbitkan pada Mac 22, 2019 oleh .

Control merupakan permainan seterusnya oleh Remedy Entertainment di mana ianya diumumkan ketika E3 2018 lepas yang memperlihatkan video acah yang menarik dengan bentuk permainan misteri.

Sebelum ini kami berkongsi yang mana permainan tersebut akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini namun kini, melalui laporan Game Informer, permainan tersebut kini mempunyai tarikh pelancaran rasmi iaitu pada 27 Ogos 2019 ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, melalui Control, pemain akan mengawal seorang watak bernama Jesse Faden yang cuba mencari jawapan kepada pelbagai kejadian aneh yang berlaku di dalam hidup beliau. Dengan kuasa yang ada, pemain akan melawan pelbagai penjahat dan pada masa yang sama menyelesaikan misteri hidup beliau.

Control bakal tiba Ogos ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN