Skip to main content

Ketika acara Game Developers Conferences (GDC) 2019 yang berlangsung hari ini, Capcom mengumumkan bahawa permainan Devil May Cry 5 yang baru sahaja dilancarkan oleh mereka awal bulan ini telah mencapai hasil jualan sebanyak 2 juta.

Pengumuman tersebut diumumkan ketika persembahan melalui acara GDC 2019 tersebut dimana mereka bukan sahaja berkongsi berkenaan rekaan permainan Devil May Cry 5, malah mengumumkannya secara bersama.

Sememangnya ini adalah satu pencapaian yang sangat memberansangkan bagi pihak Capcom di mana pada tahun ini, termasuk Devil May Cry 5 ini, dua permainan keluaran mereka telah pun mencapai hasil jualan yang baik. Dengan tibanya kemaskini DLC percuma Blood Palace April ini, sememangnya ini adalah satu berita yang baik bukan sahaja untuk Capcom, malah peminat siri tersebut.

Devil May Cry 5 adalah permainan aksi oleh Capcom di konsol Playstation 4 Xbox One dan PC. Kami di Aksiz juga telah mengulasnya dimana anda boleh menonton atau membaca ulasan kami di pautan dibawah.

Leave a Reply