Informasi Permainan Video Terkini
Paradox Mengumumkan Vampire: The Masquerade – Bloodline 2 Akan Tiba Pada Suku Pertama 2020
PC

Paradox Mengumumkan Vampire: The Masquerade – Bloodline 2 Akan Tiba Pada Suku Pertama 2020

Diterbitkan pada Mac 22, 2019 oleh .

Pada tahun 2015, Paradox Interactive mengambil alih White Wolf yang memiliki IP untuk permainan Vampire: The Masquerade – Bloodline iaitu permianan aksi RPG yang dikeluarkan pada tahun 2004 untuk PC.

Hari ini, mereka akhirnya mengumumkan sekuel untuk permainan tersebut iaitu Vampire: The Masquerade – Bloodline 2 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC dan akan dikeluarkan pada suku pertama 2020. Ia dibangunkan oleh Hardsuit Labs yang sebelum ini membangunkan permaina Blacklight: Retribution.

Permainan kali ini akan berlaku di Seattle, Amerika Syarikat di mana perang saudara di antara puak Vampire sedang berlangsung dan pemain secara langsung akan terlibat kerana mempunyai perhubungan dengan satu watak yang mengawal bandar tersebut. Pemain juga perlu memilih untuk menyertai puak tertentu, dan setiap puak mempunyai kekurangan serta kelebihan tersendiri.

Melalui permainan tersebut, pemain juga berpeluang untuk mengembara di bandar tersebut yang mempunyai pelbagai watak menarik. Pilihan pemain mengenai sesuatu keputusan juga akan memberi impak. Pertempuran akan memfokuskan jarak dekat serta pergerakan yang pantas.

Pemain juga berpeluang untuk berjumpa dengan watak-watak daripada permainan asal dan penulis juga adalah penulis asal untuk Bloodlines. Bagi anda yang berminat, pra-tempah untuk permainan tersebut kini dibuka untuk PC melalui Steam, Paradox Store, GOG dan Epic Games Store. Pra-tempah untuk konsol akan tiba kemudian.


TIPS & ULASAN