Skip to main content

Steam walaupun menerima beberapa perubahan antaramuka pada tahun-tahun lepas, namun perubahan tersebut adalah sangat kecil. Sebaliknya mereka memperkenalkan Steam Big Picture yang bagi pengguna PC, ia tidaklah mod yang sering digunakan.

Melalui persidangan Valve di GDC, mereka akhirnya memperlihatkan rekaan baharu untuk bahagian koleksi pemain (Library) dan juga bahagian baharu iaitu Event. Rekaan antaramuka yang baharu untuk Library menjadikan koleksi diperlihatkan dengan lebih kemas.

Mengambil daripada rekaan mod Big Picture, ia juga memperlihatkan permainan terakhir yang dimainkan oleh pemain. Permaina-permainan yang baru dikemaskini juga diperlihatkan. Manakala Friends Activity terus diperlihatkan di bahagian atas kanan. Permainan-permainan lain akan diperlihatkan di bahagian bawah, dan mempunyai pelbagai cara berbeza untuk penyenaraian termasuk juga hanya memperlihatkan permainan yang terpasang.

Penyenaraian khusus untuk satu permainan juga direka dengan menyertakan lebih banyak informasi seperti aktiviti anda untuk permainan tersebut, informasi rakan. Jika sekarang bahagian ini hanya memperlihatkan berita terkini untuk permainan tersebut, antaramuka baharu ini akan menyertakan kemaskini baharu dan juga Event yang akan atau sedang berlangsung.

Manakala untuk bahagian baharu iaitu Events, berkemungkinan besar di bawah Community, ia akan memperlihatkan pelbagai acara ataupun kemaskini terkini. Antaranya adalah penstriman langsung, kemaskini baharu dan juga kejohanan. Bahagian ini sudah semestinya untuk memudahkan pemain melihat acara-acara yang akan berlangsung tidak lama lagi, pemain juga boleh menetapkan peringatan.

Buat masa ini tiada pengesahan daripada Valve mengenai bila rekaan baharu ini akan mula digunakan di Steam. Namun, mereka mengatakan versi beta disasarkan akan dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini. Apa pendapat anda dengan rekaan baharu? Lebih baik atau lebih serabut?

Leave a Reply