Skip to main content

Tahun 2019 boleh dikatakan bermula dengan sangat baik kerana disertakan dengan pelbagai permainan menarik untuk 2-3 bulan yang lepas. Ada kemungkinan bajet untuk membeli permainan video sudah habis ataupun berkurang, namun beberapa kedai dalam talian kini memulakan penjualan promosi musim bunga, mungkin boleh perah sedikit bajet untuk mendapatkan permainan-permainan menarik yang ditawarkan.

Berikut adalah antara kedai-kedai dalam talian yang sedang mengadakan jualan promosi;

Playstation Store [Pautan]

Jualan musim bunga untuk Playstation Store kini bermula sehingga 1 April 2019. Berikut adalah antara permainan yang ditawarkan dengan lebih murah. God of War (RM74.50), Red Dead Redemption 2 (RM 167.30), Assassin’s Creed Odyssey (RM110), Battlefield V (RM124.50) dan Persona 5 (RM96).

GOG [Pautan]

GOG iaitu kedai dalam talian oleh CD Projekt turut mengadakan jualan musim bunga mereka sendiri. Selain menawarkan jualan promosi untuk hampir keseluruhan permainan, mereka juga menawarkan potongan harga yang lebih tinggi untuk beberapa permainan yang akan bertukar setiap hari. Antara permainan yang ditawarkan adalah Hellblade Senua’s Sacrifice (RM48), Dragon’s Dogma Dark Arisen (RM30), Kingdom Come Deliverance (RM121), Stellaris (RM40) dan Pillars of Eternity (RM80).

Steam [Pautan] & Humble Store [Pautan]

Steam dan Humble Store walaupun tidak menawarkan jualan promosi khusus untuk musim bunga, namun mereka sedang mengadakan jualan promosi untuk permainan yang diterbitkan oleh Ubisoft. Jadi bagi anda yang ingin mendapatkan permainan Ubisoft seperti Far Cry dan Assassin’s Creed jangan terlepas peluang untuk mendapatkannya di antara dua kedai dalam talian tersebut. Humble Store juga menawarkan jualan untuk permainan yang diterbitkan oleh Bandai Namco dan Rockstar.

Leave a Reply