Skip to main content

Mungkin anda sekarang sibuk bermain pelbagai permainan menarik yang dikeluarkan pada bulan ini termasuk juga yang dikeluarkan bulan lepas, akan tetapi jangan lepaskan peluang untuk menambahkan lagi koleksi permainan anda. Bagi pemain di PC, hari ini terdapat dua permainan percuma yang ditawarkan untuk waktu terhad.

Tacoma iaitu permainan pengembaraan yang dikeluarkan Fullbright dikeluarkan pada tahun 2017. Ia kini ditawarkan percuma melalui Humble Store sehingga 25 Mac 2019. Menariknya, permainan ini ditawarakan secara DRM free, dengan kata lain pemain tidak memerlukan sebarang klien untuk memasangnya.

[download]Humble Store: Tacoma[/download]

Selain itu, seperti biasa, selepas 2 minggu, Epic Games Store kini menawarkan permainan baharu secara percuma iaitu Oxenfree. Oxenfree adalah permainan pengembaraan misteri yang mempunyai penceritaan agak menarik. Ia memfokuskan kepada dialog dan juga tekaria. Oxenfree dibangunkan oleh Night School Studio dan dikeluarkan pada tahun 2016. Tawaran ini adalah untuk 2 minggu iaitu sehingga 4 April. Permainan seterusnya yang akan ditawarkan percuma oleh Epic Games Store adalah The Witness.

[download]Epic Games Store: Oxenfree[/download]

Tampaknya pemain di PC sangat bertuah dengan pelbagai tawaran permainan percuma ditawarkan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya.

Leave a Reply