Skybound Games hari ini berkongsi video acah untuk episod terakhir buat The Walking Dead Final Season yang berkemungkinan menjadi permainan terakhir untuk siri The Walking Dead yang asalnya daripada Telltale Games ini.
Video ini sudah semestinya mengandungi beberan untuk episod-episod sebelum ini.
Video tersebut memperlihatkan sambungan terus daripada pengakhiran episod 3 iaitu selepas Clementine dan yang lain cuba menyelamatkan rakan-rakan beliau daripada kapal penjahat. Kapal tersebut yang dipasang bom, mencetus masalah apabila mereka tertangkap.
Episod terakhir untuk The Walking Dead Final Season ini akan tiba pada 26 Mac 2019 kelak. Episod 1 sehingga 3 kini boleh didapati di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Epic Games Store.
[info]Bacaan Lanjut: Ulasan The Walking Dead: The Final Season – Episod Ketiga: Broken Toys[/info]