Di persidangan GDC yang sedang berlangsung minggu ini, Mega Crit mengumumkan yang permainan mereka Slay the Spire setakat ini telah terjual sebanyak 1.5 juta unit, dan China menyumbang 40% daripada jumlah tersebut.
Permainan tersebut dikeluarkan secara akses awal untuk PC pada tahun 2017 sebelum dikeluarkan secara penuh pada awal tahun ini. Permainan tersebut juga akan dikeluarkan untuk Switch pada tahun ini.
Slay the Spire adalah permainan rogue-like yang menyertakan elemen permainan kad.