Bagi anda yang membuat pra-tempahan buat permainan Sekiro: Shadows Die Twice melalui pengedar rasmi Playstation, anda mungkin berminat untuk ke Sunway Pyramid hari ini dimana Playstation Asia minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara pelancaran tengah malam buat permainan tersebut hari ini.

Menurut kenyataan di Facebook rasmi Playstation Asia, acara pelancaran tengah malam permainan tersebut akan di adakan di Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Menariknya, Playstation Asia juga menyediakan satu aktiviti khas dan pemain berpeluang untuk mencuba bermain permainan Sekiro: Shadows Die Twice dan berpeluang untuk memenangi tshirt khas Sekiro: Shadows Die Twice dengan menewaskan ketua musuh Corrupted Monk.
Acara tersebut akan bermula pada jam 7 malam dan tamat pada jam 1 pagi di adakan di Sunway Pyramid Lower Ground 2 – Central Avenue. Seperti acara pelancaran tengah malam lain, permainan tersebut akan diedarkan pada jam 12 tengah malam.
Menariknya juga, bagi mereka yang membuat pra-tempahan permainan tersebut melalui Gamers Hideout, anda juga berpeluang untuk mendapatkan skrol dinding khas rekaan Sekiro: Shadows Die Twice.
Bagi anda yang masih lagi berminat untuk membuat pra-tempahan, permainan tersebut masih lagi boleh ditempah dengan harga bermula RM209 untuk edisi biasa. Manakala edisi terhad pula dijual dengan harga RM479. Bagi anda yang berminat, anda boleh membuat tempahan melalui pengedar rasmi Playstation.
Sekiro Shadows Die Twice akan dilancarkang esok, iaitu pada 22 Mac 2019 dan ianya bakal tiba di Playstation 4, Xbox One dan PC. Kami sebelum ini juga telah membuat pandang pertama permainan tersebut dimana anda boleh membaca atau menontonnya di pautan bawah.