Informasi Permainan Video Terkini
The Outer Worlds Dan Control Untuk PC Adalah Eksklusif Buat Waktu Terhad Di Epic Games Store
PC

The Outer Worlds Dan Control Untuk PC Adalah Eksklusif Buat Waktu Terhad Di Epic Games Store

Diterbitkan pada Mac 21, 2019 oleh .

Epic Games ketika acara GDC mengumumkan beberapa permainan yang akan disertakan di kedai dalam talian mereka iaitu Epic Games Store. Mereka sebelum ini mengumumkan akan membawa permainan Quantic Dream iaitu Heavy Rain, Beyond: Two Souls dan Detroit: Become Human.

Selain itu, The Outer Worlds iaitu permainan baharu oleh Obsidian akan dikeluarkan secara eksklusif selama setahun di Epic Games Store sebelum di tawarkan di kedai digital lain. Ia juga akan dikeluarkan di Microsoft Store serta Playstation 4 dan Xbox One. Bagi anda yang mengkritik perkara ini, kemungkinan besar ia adalah keputusan yang dibuat oleh Private Division iaitu penerbit untuk permainan ini dan bukan Obsidian sendiri.

Tambahan lagi, permainan baharu oleh Remedy Entertainment iaitu Control turut akan dikeluarkan secara eksklusif di Epic Games Store untuk PC. Permainan-permainan lain yang diumumkan bakal tiba adalah Roller Coaster Tycoon Adventures dan Satisfactory yang sudah dikeluarkan, Dangerous Driving dan The Singking City yang sudah boleh di pra-tempah.

Manakala permainan akan datang adalah Afterparty, Ancestors: The Humankind Odyssey, The Cycle, Industries of Titan, Kine, Journey of the Savage Planet dan Trover Saves the Universe. Epic Games turut mengumumkan yang permainan di Epic Games Store kini turut boleh dibeli melalui Humle Store.

Dikeluarkan secara eksklusif di kedai dalam talian tertentu adalah sesuatu yang menyusahkan untuk pemain, namun ia adalah sesuatu yang perlu dilakukan oleh Epic Games Store untuk bersaing, kami berharap Epic Games akan meningkatkan lagi kualiti klien mereka jika benar-benar ingin bersaing dengan Steam secara sihat.


TIPS & ULASAN