Capcom hari ini mengumumkan muzik latar rasmi untuk permainan Devil May Cry 5 kini tiba di platform penstriman muzik dan juga dijual melalui Steam.
Melaluinya, pengguna kini berupaya untuk mendengar kesemua muzik-muzik latar permainan tesebut termasuklah muzik kegilaan ramai peminat Devil May Cry 5 kali ini iaitu Devil Trigger oleh Casey Edwards.
Bagi anda yang berminat untuk membelinya di Steam, anda boleh membelinya dengan harga RM45. Anda juga boleh strim muzik tersebut melalui Spotify dan iTunes.
Devil May Cry 5 adalah permainan aksi oleh Capcom yang mana ianya telah pun dilancarkan awal bulan ini dan kami di Aksiz juga telah mengulasnya dimana anda boleh menonton atau membaca ulasan kami di pautan dibawah.