Skip to main content

Google mengumumkan platform permainan awan mereka Stadia awal pagi kelmarin, namun satu perkara yang tidak dikongsikan adalah bagaimana perkhidmatan tersebut akan dipasarkan.

Melalui temubual Gamespot bersama dengan Phil Harrison yang merupakan Naib Presiden untuk Google mengatakan, model harga untuk perkhidmatan tersebut sudah ada tetapi ia akan dikongsikan pada masa hadapan.

Manakala CEO Ubisoft Yves Guillemot pula menjangkakan yang Stadia akan ditawarkan dengan pelbagai cara yang berbeza. Pemain mungkin membayar harga penuh dan mendapat permainan penuh ataupun pemain boleh mendaftar dan hanya dapat bermain permainan tersebut untuk 1 jam atau 2 jam sehari.

Selain itu, apabila ditanya mengenai adakah Stadia akan menyediakan fungsi untuk memuat turun permainan, Harrison mengatakan ia adalah mustahil secara teknikal dan fungsi tersebut juga bertentangan dengan visi yang cuba dilakukan oleh mereka melalui Stadia.

Apa pendapat anda? Adakah Stadia akan menawarkan penjualan permainan seperti biasa ataupun akan menggunakan sistem langganan?


Leave a Reply