Awal bulan ini, Microsoft telah mengumumkan 4 permainan yang akan disertakan di dalam perkhidmatan Xbox Game Pass mereka iaitu Just Cause 4, LEGO Batman 2, F1 2018 dan Fallout 4. Hari ini, mereka mengumumkan 6 lagi permainan yang bakal tiba sepanjang bulan ini.

Permainan-permainan tersebut adalah seperti berikut;

  • Deus Ex: Mankind Divided (21 Mac)
  • What Remains of Editch Finch (21 Mac)
  • The Walking Dead: Michonne (Mac 28)
  • Vampyr (Mac 28)
  • Operencia: The Stolen Sun (29 Mac)
  • Marvel vs. Capcom Infinite (1 April)

Deus Ex: Makind Divided dan Vampyr adalah dua permainan yang menarik, jika anda tidak pernah mencubanya, ini adalah peluang untuk pelanggan perkhidmatan ini untuk mencuba.

Xbox Game Pass buat masa ini adalah perkhidmatan eksklusif untuk konsol Xbox One dan harga langganan bermula $9.99(~RM41) untuk sebulan. Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi Xbox Game Pass untuk informasi lanjut.

Sohor Kini